Tuesday 26 February 2013

SP4's Honey Bees

assalamualaikum, hye, adios :)

on 23rd february 2013, bersamaan sabtu.kitorang budak SP4 ni dah transform kan diri jadi lebah untuk perarakan yang dipanggil SUKOL (sukan antara kolej).. weehoo seronok. :) eventhough, banyak persiapan yang kena buat, and aku tak sempat join satu pun meeting tersebut disebabkan busy, tapi tetap mantoppp. malam terakhir tu, ade practice tarian tapi nak dijadikan cerita aku ade dinner dekat Sri Menanti Resort, so memang tak dapat hadirlah meeting tu kan. balik dah 12 malam lebih. nak siapkan pakaian tuk esok ngan perkakas-perkakas tambahan tu lagi, pukul 2 lebih baru aku tidur. so, sah-sah lah aku bangun lambat paginya. kena berkumpul 7.30a.m. aku bangun 7.15a.m. taktahu kali keberapa roomate aku kejut. thanks zati :) so, boleh bayangkan tak betapa speednya aku mandi, bersiap ape semua lepas solat tu. penat wehh.. okay, jum usha lebah-lebah tu sekejap :)



The Bees 
(sape jumpa aku dia pandai :P)



Perarakan masuk kontinjen-kontinjen 



persembahan sikit *tarian 


kontinjen lain-lain





perasmian

perarakan keluar



again, SP4's Honey Bees :)

Dah masuk, gambar-gambar model lebah .eheh








Can see that ? ahah we love camera 



permainan bermula 


 3 orang fairies tengah meng'usha ' dari atas :)


after that , kursus jenazah. tak bergambar sangat sebab mengantuk =_=

Lastly, macam biasa lah :)



That's all lah. malas nak bebel panjang-panjang 

ouh. lupa nak bagitau 

" dengan Semangatnya, diisytiharkan kamilah JOHAN perarakan ni. Yeaaahhhhhaaaaaaaaaaa!!! " :)

p/s: ye, aku suka bergambar ngan kawan-kawan. tapi, dengan orang yang tak kenal or organisation yang takda kawan-kawan sekepala ngan aku, aku sangatlah pasif. memang automatik jadi tak minat bergambar .

thanks for reading :)











Saturday 23 February 2013

Crush .


 hello. hye. Assalamualaikum :)

today's topic aku nak talk about is CRUSH . okay, everybody mesti tahu ape itu crush kan, (aku sendiri kat Uitm ni baru tau ade istilah crush untuk someone eheh :P )and korang pun mesti ada crush jugak kan. alaa. crush tu macam someone yang kita minat. herm macam tu la gamaknya kot. Crush ni boleh wujud atas sebab-sebab tertentu. mungkin kau minat dia sebab muka dia macam someone, mungkin kau minat dia sebab dia kurus, tinggi , jambu ala ala retiss-retiss Korea tu. Lee Min Hoo kah. Kim Hyun Joong kah Jun Yonghwa kah. ape-ape pun boleh lar.

Sejak dari primary school, secondary school, IPTA ke hape. kompem ade lah orang yang kita minat and minat kita kan. aceewahhh same goes to me lar. aku ni pun manusia jugak kan, ade naluri untuk sayang dan disayangi. cinta dan dicintai. dua kali aceewaahhh. normal lah kita minat orang. kan. kan. kan. Sometimes kita harap crush kita tu boleh jadi someone special dalam hidup kita kan. boleh ke ?

okay. persoalannya kalau crush kita tu boyfriend/girlfriend orang . ape yang kita nak buat . Buat bodoh kah ? buat taktau kah ? or ade niat nak rampas dia dari pasangannya kah ? okay, this one really not Gooddddddd.
Kalau aku. ni kalau aku lah kan. bila aku minat someone. seriously aku akan pastikan dia perasan kewujudan aku kat dunia ni. harharhar bukan buat ape pun. bukan menggedik depan dia ke hape. sebab nanti akan buat dia makin menyampah jer. kau nak orang yang kau minat benci kau ? of cos la taknak kan.

At the same time, aku akan stalk dia habes habesan nyer lah. kalau boleh dari A-Z semua aku nak tau. nak tengok perkembangan semasa jer. TAPI. once aku tau dia dah berpunya. slowly, aku akan cuba buang sikit perasaan tu dari diri aku. Giler tak kecewa kalau tahu orang yang kau minat dah berpunya. tapi kecewa tak kecewa kau tetap kena sedar diri jugak ye kawan. Ingat jangan nak hancurkan kebahagiaan orang yang kita sayang semata-mata untuk kebahagiaan kita. Ape kau ingat dia Kompem bahagia ngan kau . kalau tak macam mana? kau ngan dia dua-dua ke Laut.

Tapi ;


okay. Which is better.? Cuba lah pikir-pikirkan yer.. :)

p/s: tengah tension tunggu giliran nak guna washing machine dah satu hal, pastu problem lak tuh. hermm

thanks for reading. Au Revoir. :)


Sunday 17 February 2013

during CNY.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

lately, aku sangat lah pemalas nak mengupdate blog bagai neh. takda mood. plus busy yang terlampau. cehh.konon :P takdalah. tapi memang aku malas jugak lah.  today dah sampai Pilah. cuti seminggu CNY. korang pun mesti cuti gak kan. 

dalam seminggu kat umah tu, Subhanallah. busy. hahah keluar berjalan je sebenarnya. tak kenal erti penat kalau dah boleh berjalan ni.. time balik tu, ma and adik aku doa orang takda kat umah., so tinggal ngan kakak. sebab abah pun keja. so, kitorang plan pegi Pantai Irama Bachok.


nampak makanan tu? kakak cuma makan 2/5 je aku rasa. selebihnya aku yang habeskan. harharhar



then. keluar ngan gelprenn aku.

gambar ni bersepah-sepah. aku malas nak susun

 kiki, muni, payed and aku

left: kiki, aku, muni
right: kaklong, epah ,payed


 baju putih tu : Mah
dia datang lambat sikit 

okay. 2orang model sambilan

ini makanan aku Mee Seafood. yang belakang tu epah punyer:



.

esoknya pula, keluar lagi ngan family. (aku , kakak, adik-adik). takda nak snap-snap gambar, sebab orang sangatlah ramai. ouh, baliknya, kitorang nyaris accident. tersagak kete orang tengah-tengah jalan yang giler busy tuh. sebab traffic light kan.. dah la sebelah aku. gila tak kecut aku time tu. tapi alhamdulillah semua selamat. si Kuning tu la calar. dia punyer cat ape semua tu. and skru kat bumper tu tercabut. nanti masuk bengkel lah tu kot.. hemm kesian. 

okay, malam nya keluar lagi. carik tudung. eheheh this time pergi Wakaf Che Yeh. nak cari tudung si zira, walaupun banyak tudung kat situ. tapi sangat lah susah nak mencari, yelah sebab orang punyer kan. takot nanti tak berkenan di hati pulak kan.. okay. tu je la kot. nak sambung buat keje. erm maybe. :)

that should be me~

okay. thanks for reading. Au Revoir :)

Saturday 2 February 2013

WHY I WANT A BLOG .

asalamualaikum readers-readers ku sekalian.
if you're non-muslim "hi, whats up ?" :)

Terasa sangat gedik tangan aku nak menaip walaupun macam takda benda nak story. hermm, menulis ? dah selalu. nama pun student kan. actually, guwa sumpah busy sekarang. Test ! Test ! Test ! Test ! nampak 4x, sebab aku ada 4 Test for next week. haven nya hidup as a student ni . pheww naseb lah hidup sekarang single jer, tak berdouble , triple. eheh. takda kaitan.

disebabkan nak cuti CNY, lecturer semua sibuk nak kejar buat test, aigoo..~
eh, sory, aku baru sedar , aku lari topic.

okay. nak tau tak  kenapa aku decide nak ada blog? menggeletis nak belajar buat blog dari kakak?

sebab-sebabnya adalah :

1. aku ni jenis orang yang susah nak bercerita.
     -aku boleh jadi pendengar yang setia, tapi bukan pencerita yang  hebat. so, semua benda pendam je,
      mana boleh tahan der.

2. lebih selesa luah kat sini
    -know why? sebab takda orang nak potong line time aku tengah cakap. kalau bercakap ngan orang,
     belum sempat kita habes luahkan perasaan kita, sibuk je nak mencelah. nak kaitkan story dia lak eh.
     sumpah sampah.

3. citer sedih
   -bila nak citer sal benda sedih, boleh nanges-nanges, feeling-feeling sensorang. tak ke seronok gituuuuuuu.
    ahah pastu nanti takdalah yang nak membahan.

4. tak bagi good respon
   -contohnya macam, kau tengah semangat bercerita, then pendengar tu nampak ngat bosan ngan kau. dari
    muka dah boleh nampak dia macam menyampah je ngan kau, macam dari muka tu boleh nampak
    " blahla weiii.. blahh. aku malas nak dengar ." sumpah kejam macam ni. herm

5. masa
   -mungkin time kau perlukan someone nak luah perasaan, macam dah tak tertahan sangat tu, dorang belum
    tentu ada masa tuk dengar semua rintihan tu. kalau dengar pun macam terpaksa. not a good friend.:) kalau
    kawan betul, time sedih medih, susah susih tu la dia ada kan :)

okay. cukuplah tu kot. kan nanti ade yang sentap lak. eh,. kalau tak makan cili, tak rasa pedasnya kan.
this is what i felt la. nothing much pun.


therefore, my blog has been my Bestfriend also :)



"we learn something everyday, and lots of times it's that what we learn the day before was wrong."
-Bill Vaughan

thanks for reading.
xoxo.daa